Friday, November 11, 2011

GALO 123: Jarak

Jarak tempat aku belajar; UKM dengan rumah kediaman tak ada lah jauh mana. Adalah dalam 5km. Kalau pandu kereta dalam 5 minit dah sampai (if tak jammed). Kalau naik motorsikal pun kurang lebih juga. Kalau jalan kaki mungkin dalam 30 minit boleh sampai (kalau langkah pantas, mungkin lagi cepat). Jadi apa rasionalnya, yang aku bercerita pasal jarak dari rumah ke UKM dan dari UKM ke rumah? Nah. ini dia cerita yang aku nak sampaikan.

Umum mengetahui (cewah..;p), aku tidak memandu kenderaan sendiri ke tempat belajar. Aku hanya mengharapkan belas ihsan dan kasih sayang Ibuku menghantar aku ke tempat belajar. [Baca ini: Ibu merupakan pemandu utama di rumah dan hanya ibu seorang sahaja yang membawa kereta ke sana sini.] Memandangkan Ibu bekerja di UKM, makanya, setiap hari, aku akan mengikut Ibu ke pejabat setiap pagi dan ibu akan menghantarku ke tempat belajar. Seawal jam 7 pagi, aku sudah berada di tempat belajar. Dan seawal 4.30 petang, aku akan menunggu ibu di bus stop, untuk pulang bersama.

Hari ini, Ibu tidak bekerja. Cuti balik kampung ke Rembau. Jadi, sebelum pulang ke kampung, Ibu hantar aku ke tempat belajar. Selalunya, bila ada kes-kes sebegini, aku akan menumpang kawan-kawan yang ada di tempat belajar. Namun, rencana hari ini berlainan. Tiada kawan yang boleh aku tumpang sampai ke rumah. Maka, aku buat keputusan untuk naik bus. Seawal jam 3 petang, aku dah tunggu bus di tempat belajar. Tunggu punya tunggu bus tak kunjung tiba. Mungkin, cuti mid-sem, perkhidmatan bas agak perlahan. Sambil-sambil tunggu bas, aku ada buat beberapa plan. Antaranya:
  1. Kalau bas 6K sampai, aku akan naik dan turun di komuter UKM dan naik bas mini ke rumah
  2. Kalau bas 6K sampai, aku akan naik dan turun di komuter UKM dan naik teksi ke rumah
  3. Kalau bas Zon 3 sampai, aku akan naik dan turun di Pusanika. Singgah bank keluarkan duit. Kemudian tunggu bus 6K dan naik 6K ke komuter UKM dan naik bas mini ke rumah.
  4. Kalau bas 6K dan Zon 3 tak sampai juga, aku naik teksi. 
Mesti kau orang pening nak pahamkan kan? Nah. Ini lah masalah yang aku hadapi kalau kena balik rumah naik public transport. Kenderaan awam yang hanya melalui kawasan rumahku ialah bas mini dan teksi. Bas Rapid hanya lalu dari Kajang ke UKM sahaja. Naik bas mini murah. Bayar 80sen jer. Tapi malangnya, bas mini tak boleh masuk ke kawasan tempat belajar. Bas mini hanya lalu di jalan utama tempat belajar. Maka, kalau aku nak naik bas mini, aku kena naik bas 6K dan turun di komuter UKM dan tunggu lagi bas mini. Lihat, jauh benar perjalananku kalau nak balik rumah. Betapa banyak masa yang aku kena habiskan untuk tunggu dan menunggu. 

Kembali kepada cerita asal, sementara tunggu bas, ada la beberapa buah teksi yang lalu. Tapi, aku ambil inisiatif untuk tidak menahan teksi. Malas . Selepas hampir 40 minit menunggu, bas 6K tiba. Maka, rencananya,  aku ada dua pilihan bila sampai di komuter nanti samada aku mahu naik bas mini atau naik teksi untuk pulang ke rumah. 15 minit masa yang diambil oleh bas 6K untuk membuat pusingan satu UKM sebelum sampai ke Komuter UKM. dalam masa 15 minit aku buat timbal balik sama ada nak naik bas mini atau teksi. Aku lihat duit dalam dompet masih ada lagi baki dan cukup kalau nak naik teksi. On the way ke komuter UKM, aku lihat bas mini lalu di seberang jalan. Nah. itu dia. Aku sudah terlepas bas mini. Maka, kalau aku nak naik bas mini, aku kena tunggu lagi 15 minit. cuba anda kira, berapa banyak masa yang sudah saya habiskan menunggu dan menunggu. Hampir 1 jam kan? Padahal jarak perjalanan tak sampai 5 minit. Jadi kesudahan kisah petang tadi, bila sampai ke komuter UKM, aku naik teksi dan nilai 1 jam yang aku tunggu tadi berharga RM8. Itu dia. Kalau buat Analisa kos dan faedah, apa hasilnya kan?

*Tapi kan, bila aku fikir balik, boleh jer aku tunggu bas mini di bus stop dekat traffic light depan UKM tu. Tak perlu nak patah balik ke komuter UKM. errrrmmmmm...kenapa aku tak buat macam tu tadi eh????

4 comments:

dream_catcher said...

Dayek tolong lah beli kereta. aku doakan ko dpt membeli kereta secepat mungkin, ameen :)

Melan Kolik said...

dayek sayang.. saya ke opis taw masa hari kejadian.. pagi tuh saya ke library cari ilham.. ptg sikit dalam kul 4 saya sampai keris mas.. hajat sempat ketemu ngan dayek.. alahai.. salah saya sbb x sms inform awal..

Cahaya Petunjuk said...

wahai kawan2-ku,
jgn gusar yer..
masih dlm kawasan bangi. tak kan sesat.
jgn risau ;p

InsyaAllah. 2012 aku beli kereta.BMW.hehehe

fuad ansari said...

tumpang lalu... (",)