Tuesday, April 3, 2012

Tutup

Assalamualaikum.

Lagi sekali (dah kali ketiga), gua ambil keputusan untuk menutup blog ini. Gua hanya tinggalkan beberapa entri sahaja. Jadi, kalau rindu gua, follow gua di Twitter. sebenarnya, dah tak larat nak jaga account blog ini.  Terima kasih sebab telah membazirkan masa anda membaca blog ini. 



Monday, February 27, 2012

GALO 134: Kuasa Senyuman

Assalamualaikum,

Saya ada satu perkara menarik yang nak saya kongsikan. Kuasa Senyuman. Iya. Senyum. Cuba kawan-kawan senyum pada orang yang tak dikenali contohnya makcik-makcik yang sapu sampah di pejabat, makcik-makcik yang bersihkan tandas, pakcik-pakcik pemandu bas, atau orang yang kita selisih bila berjalan. Saya dah cuba dua tiga kali sebelum ini. Saya dapat rasakan ada satu kuasa dan tenaga yang menyerap bila saya  senyum. Semacam ada tenaga positif yang menyerap dalam badan dan buatkan saya rasa lega dan rasa macam nak terbang (maaf kalau metafora sgt melampau. haha). Tapi, serius, cuba kawan-kawan buat. Kalau senyum dengan orang yang kita kenal itu, adalah perkara biasa, tapi kalau senyum dengan orang yang kita tak kenal adalah suatu perkara yang luar biasa.

 oh yea. teringat kata Saudara Amin pengacara Assalamualaikum di TV Al-Hijrah semalam. ada 3 jenis senyuman. 1. senyum satu yg hanya sesuai utk anak dara. 2. senyum dua jangan dibuat. sbb senyum dua ini mcm senyum kambing. 3. senyum tiga ini memang digalakkan. sbb bila anda senyum dan sebut tiga, pada masa ini otot pipi anda akan naik dan menampakkan gigi. senyum tiga ini yang orang suka. sbb nampak tulus dan tak palsu. Dan kalau masa convocation, ketika nak ambil scroll et al., jangan sebut thank you. tapi sebut terima kasih. sbb kalau sebut thank you, mulut jadi muncung ke depan. buruk kan. jadi sebut terima kasih sbb ini adalah senyuman tahap tiga.

Cara senyum, pandang mata dan berikan senyuman. Ting. Masa itulah, anda dapat rasakan kuasa senyuman tersebut. Cuma, kalau kawan-kawan perempuan, janganlah bagi senyuman kat lelaki-lelaki yang tak dikenali. Karang ada yang kena chop di dahi "Minah perasan" "Mek syok sendiri" "awek gedik" "minah gatal". dan kawan-kawan lelaki pun macam itu jugak. lain lah, anda berdua memang ada niat nak berkenalan antara satu sama lain. haha. orang kata apa, dari bertukar senyuman ke bertukar no telefon ke ... dan seterusnya lah (maaf, malas nak sambung. sebb pjg sangat kesinambungan kisah cintan-cintun yang versi ini dan sy takda experience lagi. LOL). 

Bagi saya, kita bagi senyuman ini ibarat kita bagi satu penghargaan kepada makcik-makcik yang dah tolong dan berpeluh sapu sampah di pejabat, cuci tandas, pakcik-pakcik yang penat bawa bus, makcik-makcik yang jaga kaunter bayaran, and so on. kadang-kadang tak perlu ucap terima kasih tapi hanya dengan beri senyuman, dah boleh rasa dihargai. kan? betul tak?


Dan jangan lupa, senyum itu adalah salah satu sunnah Rasululllah s.a.w.
Nota Kaki: Maaf. kalau ada kawan-kawan yang terserempak dengan saya di mana-mana, dan saya tak bagi kawan-kawan senyuman. kadang-kadang saya tak perasan. iya lah.orang rabun kan. haha. :D

Wednesday, February 8, 2012

GALO 132: Mentaliti masyarakat dan sampah

Makin lama tinggal di bandar, rasanya makin jelak dengan mentaliti sesetengah masyarakat dalam hal urusan pembuangan dan pengurusan sampah. 27 tahun duduk dan tinggal di kawasan bandar, membuatkan aku rasa lemas dengan sikap orang sekeliling yang memandang enteng tentang sampah. Tinggal di kawasan rumah pangsa, mendedahkan aku kepada konsep kepelbagaian. Sama ada pelbagai bangsa, pelbagai agama, pelbagai kerakyatan, pelbagai tahap pendidikan, pelbagai taraf ekonomi. Dan apabila tinggal di satu kawasan yang mempunyai kepelbagaian yang bermacam-macam jenis, maka wujudlah seribu satu masalah yang pelbagai. Dan masalah utama ialah masalah sampah. 

Dalam entri-entri aku sebelum ini, dah banyak kali aku ceritakan mengenai hal-hal sampah yang berlaku di kawasan rumah. Pasal anak-anak jiran yang suka buat sampah, pasal bakar sampah depan rumah orang, pasal buang sampah dari tingkap. dan masalah ini makin lama makin berlarutan dan telah menjadi satu wabak. walaupun, kawasan perumahan ini mempunyai syarikat pengurusan yang bertanggungjawab membersihkan kawasan sekitar rumah pangsa kami, namun, apa yang aku lihat, masyarakat di sini tidak memberi kerjasama yang baik kepada para pekerja pembersihan. Sebagai contoh, pada waktu pagi, para pekerja kontrak pembersihan ini akan datang untuk menyapu di koridor dan membersihkan longkang, tetapi tidak sampai petang, kawasan koridor yang telah dibersihkan tadi dikotori dengan sampah-sampah yang lain seperti pembungkus roti, pembalut aiskrim, plastik. Kasihan bukan? Letih bila mata melihat.

Baru-baru ini, entah jiran mana yang bersikap paling bangang tahap 10 membuang pintu dan meletakkannya di atas longkang kecil di depan koridor / laluan pejalan kaki di blok aku. Dari satu keping pintu kepada tiga keping pintu. Mula-mula, aku hanya bersikap berdiam diri. Namun, tahap kesabaran makin memuncak apabila ada anak-anak jiran yang bermain lompat-lompat di atas pintu-pintu tersebut. Hell yeah!. Memang panas hati bila intai dari tingkap. Keadaan tersebut menyebabkan pintu-pintu tersebut pecah dan serpihan kayu dari pintu-pintu tersebut berselerakan. Memang menyakitkan mata. Hell yeah! Lantas, aku mengambil inisiatif sendiri mengangkat kepingan pintu yang telah pecah tersebut ke tong sampah. Aku hanya mampu mengangkat sekeping pintu saja kerana pintu ini memang berat memandangkan pintu-pintu yang dibina di rumah pangsa ini adalah bersifat kalis api. Nak dijadikan cerita, selepas insiden aku mengangkat pintu tersebut, jiran bawah aku, yang aku selalu panggil bapak, bertindak nak membakar pintu-pintu tersebut. Atas dasar anti-pembakaran terbuka, aku dan adik aku turun dan membantu bapak mengangkat pintu-pintu tersebut ke tong sampah.Fuhh!

Bagi pendapat aku, insiden seperti ini memang tak patut berlaku dikalangan masyarakat melayu islam yang mana kebersihan merupakan asas utama. Kadang-kadang, ada orang hiasan rumahnya tersangatlah cantik tapi bila dilihat disekeliling rumah, boleh geleng kepala. Sikap dan mentaliti penduduk di sini, yang aku lihat ialah, kawasan dalam rumah sahaja yang diambil beratkan, kawasan luar rumah adalah tanggungjawab pihak syarikat pembersihan.Bila ada wujud sikap seperti ini, maka adalah tabiat membuang sampah di luar rumah sesuka hati, membuang sampah dari tingkap. sebab pada hemat mereka, itu adalah kerja syarikat pembersihan sebab pekerja-pekerja ini telah dibayar melalui yuran penyelenggaraan yang telah dibayar oleh penduduk. Bagi aku, ini memang tidak patut. Seharusnya, kesedaran menjaga kebersihan itu wajib perlu ada pada setiap penduduk.Aktiviti gotong-royong memang dah lama luput di kawasan blok aku. Antara sebabnya, kebanyakan penghuni adalah penyewa dan bukan pemilik rumah sebenar dan ada pula para pekerja asing. Tapikan boleh sahaja kalau aktiviti gotong-royong ini aku hidupkan semula. ermmm...

Tapi yang nyata, mentaliliti penghuni rumah pangsa di blok aku adalah amat rendah. noktah.