Wednesday, February 8, 2012

GALO 132: Mentaliti masyarakat dan sampah

Makin lama tinggal di bandar, rasanya makin jelak dengan mentaliti sesetengah masyarakat dalam hal urusan pembuangan dan pengurusan sampah. 27 tahun duduk dan tinggal di kawasan bandar, membuatkan aku rasa lemas dengan sikap orang sekeliling yang memandang enteng tentang sampah. Tinggal di kawasan rumah pangsa, mendedahkan aku kepada konsep kepelbagaian. Sama ada pelbagai bangsa, pelbagai agama, pelbagai kerakyatan, pelbagai tahap pendidikan, pelbagai taraf ekonomi. Dan apabila tinggal di satu kawasan yang mempunyai kepelbagaian yang bermacam-macam jenis, maka wujudlah seribu satu masalah yang pelbagai. Dan masalah utama ialah masalah sampah. 

Dalam entri-entri aku sebelum ini, dah banyak kali aku ceritakan mengenai hal-hal sampah yang berlaku di kawasan rumah. Pasal anak-anak jiran yang suka buat sampah, pasal bakar sampah depan rumah orang, pasal buang sampah dari tingkap. dan masalah ini makin lama makin berlarutan dan telah menjadi satu wabak. walaupun, kawasan perumahan ini mempunyai syarikat pengurusan yang bertanggungjawab membersihkan kawasan sekitar rumah pangsa kami, namun, apa yang aku lihat, masyarakat di sini tidak memberi kerjasama yang baik kepada para pekerja pembersihan. Sebagai contoh, pada waktu pagi, para pekerja kontrak pembersihan ini akan datang untuk menyapu di koridor dan membersihkan longkang, tetapi tidak sampai petang, kawasan koridor yang telah dibersihkan tadi dikotori dengan sampah-sampah yang lain seperti pembungkus roti, pembalut aiskrim, plastik. Kasihan bukan? Letih bila mata melihat.

Baru-baru ini, entah jiran mana yang bersikap paling bangang tahap 10 membuang pintu dan meletakkannya di atas longkang kecil di depan koridor / laluan pejalan kaki di blok aku. Dari satu keping pintu kepada tiga keping pintu. Mula-mula, aku hanya bersikap berdiam diri. Namun, tahap kesabaran makin memuncak apabila ada anak-anak jiran yang bermain lompat-lompat di atas pintu-pintu tersebut. Hell yeah!. Memang panas hati bila intai dari tingkap. Keadaan tersebut menyebabkan pintu-pintu tersebut pecah dan serpihan kayu dari pintu-pintu tersebut berselerakan. Memang menyakitkan mata. Hell yeah! Lantas, aku mengambil inisiatif sendiri mengangkat kepingan pintu yang telah pecah tersebut ke tong sampah. Aku hanya mampu mengangkat sekeping pintu saja kerana pintu ini memang berat memandangkan pintu-pintu yang dibina di rumah pangsa ini adalah bersifat kalis api. Nak dijadikan cerita, selepas insiden aku mengangkat pintu tersebut, jiran bawah aku, yang aku selalu panggil bapak, bertindak nak membakar pintu-pintu tersebut. Atas dasar anti-pembakaran terbuka, aku dan adik aku turun dan membantu bapak mengangkat pintu-pintu tersebut ke tong sampah.Fuhh!

Bagi pendapat aku, insiden seperti ini memang tak patut berlaku dikalangan masyarakat melayu islam yang mana kebersihan merupakan asas utama. Kadang-kadang, ada orang hiasan rumahnya tersangatlah cantik tapi bila dilihat disekeliling rumah, boleh geleng kepala. Sikap dan mentaliti penduduk di sini, yang aku lihat ialah, kawasan dalam rumah sahaja yang diambil beratkan, kawasan luar rumah adalah tanggungjawab pihak syarikat pembersihan.Bila ada wujud sikap seperti ini, maka adalah tabiat membuang sampah di luar rumah sesuka hati, membuang sampah dari tingkap. sebab pada hemat mereka, itu adalah kerja syarikat pembersihan sebab pekerja-pekerja ini telah dibayar melalui yuran penyelenggaraan yang telah dibayar oleh penduduk. Bagi aku, ini memang tidak patut. Seharusnya, kesedaran menjaga kebersihan itu wajib perlu ada pada setiap penduduk.Aktiviti gotong-royong memang dah lama luput di kawasan blok aku. Antara sebabnya, kebanyakan penghuni adalah penyewa dan bukan pemilik rumah sebenar dan ada pula para pekerja asing. Tapikan boleh sahaja kalau aktiviti gotong-royong ini aku hidupkan semula. ermmm...

Tapi yang nyata, mentaliliti penghuni rumah pangsa di blok aku adalah amat rendah. noktah.

No comments: