Tuesday, November 29, 2011

GALO 125 : Big Bad Wolf Aftermath Sale 2011

Assalamualaikum semua.

Saya nak buat laporan sikit. Laporan tentang Big Bad Wolf Aftermath Sale 2011 yang saya pergi last week bersama Hid Cham and Eban. memang superb punya sale. harga gila-gila. From RM5 and below. Book sale kali ini, adalah kesinambungan book sale yang telah diadakan pada bulan Oktober lepas di MAEPS Serdang. 

Kami pergi pada hari pertama jualan; 24th Nov 2011. Orang ramai sangat. Masa sampai di South City Plaza, dah nampak ada few customers yang baru keluar dari book sale tu dengan berbondang-bondang plastik. perghhh. banyak betul depa beli. Masa masuk jer tempat sale tu, I was like melopong kejap. sebab tak tahu nak pilih buku apa. So, kami bertiga berpecah. Saya macam biasa pergi ke area Fiction. Untungnya pergi ke book sale macam ni is you can buy hardcover books at RM5 yang selalunya harga dia mesti RM50 and above (but depends on name of author/publisher/ etc.) Rambang mata juga nak cari buku-buku yang menarik. 

Thousands of minions
Cuma yang sedihnya, ada sesetengah customer ni, bila diorang pilih-pilih buku, ada yang campak-campak. Sebagai seorang pencinta buku, sedih tau. memang la buku-buku tu, condition-nya tak berapa nak elok, tapi you kena la jaga buku tu. Appreciate la sikit kerja-kerja krew book sale ni. Penat tau nak susun semula. 

Tengok ni! :(
 Selepas hampir 2 jam, memilih buku, saya pun cari la barisan untuk bayaran. Bila cari-cari barisan, dah macam rupa ular melingkar. berpusing-pusing. Pengalaman book sale kali ini memang sangat memorable. Saya terpaksa beratur selama 2 jam untuk membuat bayaran. Sepanjang beratur, macam-macam perangai umat manusia yang saya boleh nampak. Ada satu kisah, pasal seorang nenek dan cucunya yang dikatakan potong barisan. Si nenek claim that, yang cucunya dah beratur. Tapi, kami tak nampak pun si cucu tu beratur. Apa lagi, ada sikit pertengkaran antara si nenek dengan seorang kakak ni. Dalam situasi ni, saya buat tak tahu saja. Saya tau kakak tu penat sebab, kena pegang banyak buku. Dah la sorang je. siapa la tak sakit hati. dah la kaki tengah sakit,berpeluh,berpanas pastu, ada orang lain potong barisan. Sabar je la kan.

Finally, after 2 hours ;p

 Secara keseluruhan, saya hanya beli 13 buah buku saja dengan jumlah harga RM65. kihkihkihkih.... Ini masih sikit lagi, kalau nak dibandingkan dengan book sale masa bulan Oktober lepas. hihihii...

Inilah hasilnya. :)

P/s: Salam Maal Hijrah. Dah masuk tahun baru. 1433H. Azam baru. Buku baru. Semangat baru.

No comments: